Monday, 10 December 2012

Alhamdulillah

 
                                           

  Result untuk semester 3 dah keluar dah. Alhamdulillah semua subjek Idah lulus. pointer naik sikit. sikit jelah. tapi bersyukur sangat2 semua lulus. Thank You Allah.
                     


                                          tak dapat nak tunaikan hajat mak. minta maaf mak.
 
                               
                                                 lain kali Idah try harder lagi yer mak.
                                           
                                                                                                   

Wednesday, 5 December 2012

Selamat Hari Lahir Cik Faridah.


 5 Disember 2012 dah genap dah Idah 19 tahun. Terima kasih kat mak ayah, family, kawan - kawan yang sentiasa di sisi Idah. Hari ni juga dah masuk hari ke 18 arwah nenek pergi meninggalkan kitaorang sekeluarga. Semoga roh arwah nenekanda di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al - Fatihah.

Doa kat bawah ni untuk yang menyambut hari lahir. 



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Hakim,berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.Beratilah ilmu yang Engkau kurniakan kpd kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

Sweet 19 Idah. :)

Friday, 5 October 2012

#Again

             
             Assalamualaikum w.b.t 
   
   Malam tadi kan Idah call mak. Mak bagitau Idah yang nenek masuk hospital balik. Terkejut nyer Idah masa mak cakap macam tu.

 Minggu lepas jer berapa kali dah nenek pegi buat check-up. Idah macam nak balik jer #now tapi apa kan daya.

 Nasib kakak tersayang tengah cuti semester. Dapat jugak tolong jaga nenek. InsyaAllah kalau minggu depan tak de halangan nak balik jenguk nenek. 


   * Idah nampak macam happy jer kan? tapi dalam hati ni menangis teringat kan nenek. 
    Nenek cepat sembuh k. :')

Tuesday, 2 October 2012

#Berita Gembira



 Baru dapat tahu something tentang Lawatan ke Kuching . Happy dengar berita tu tadi. Awww.. : D

                                           

 
         Masa meeting hari Ahad tu kan, penasihat Sekretariat Rukun Negara bagitahu ada berita sedih dan berita gembira tentang Lawatan kita orang. First Encik Shahiran n Miss Hana khabarkan berita gembira.. Dia cakap yang proposal ke Kuching diluluskan.. Yesss.. Berita tu buat member kecoh jap.. Haahaha.. Next, Cik khabarkan berita yang tak berapa nak okay..

 Dia cakap tak semua member SRN boleh pergi.. Adelah yang berduka.. siapa lah tak sedih kan..Member ada yang dah nak mengalirkan airmata pulak tu.. Idah apa lagi.. Emo masa meeting tu.. Semua tak setuju dengan keputusan pihak atasan.. Penat lelah kami  semua menjayakan program SRN selama ni, ade pulak yang tak dapat nak pergi.. Boleh pulak macam tu.. Cik cakap dia dah berusaha nak bawak semua member SRN tapi tak dapat.

Kalau fight dengan alasan yang kukuh, memang keputusan tu dapat di ubah. Cik pun berusaha sekali lagi untuk mengubah keputusan tu.. Encik Shahiran dan Cik Hana berharap sangat dapat bawak semua member SRN ke lawatan tu..

Jadi nak berterima kasih banyak banyak kat Encik Shahiran dan Cik Hana sebab akhirnya dapat jugak bawak semua ahli SRN ke lawatan.. Nampak sikit berbaloi usaha kita orang menjayakan program SRN semester ni.

Sekali lagi kami SRN nak ucap kan TERIMA KASIH  banyak-banyak kat penasihat SEKRETARIAT RUKUN NEGARA..


                                       
                                                                   sayang SRN. :)

            

#Bulan September

   Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober dah. Bulan ni kurang busy sikit dari bulan lepas. Adelah beberapa aktiviti yang Idah ikut bulan lepas. Untuk kelas English, Miss Yong wajibkan kelas yang dia ajar ikut pertandingan yang Jabatan Pengajian Am anjurkan.

 So, kelas kita orang hantar jer penyertaan untuk pertandingan drama. Kita orang berlatih sehari jer. Memang tak der hati pun nak ikut pertandingan tu kan, jadi kita orang buat ala kadar jer. Haha.. Menarik lah sikit KOT tapi kita orang tak menang. Tak kesah pun rasa nyer sebab Miss Yong cakap dia bangga kita orang berani tampil even tak menang. 

Next busy dengan task yang lecturer bagi.. Presentation untuk English, video softskill kena buat 2 video, presentation Tamadun, Exam dan kuiz lagi, ni pun Idah baru ker abis dengan exam Highway Engineering.. Buat apelah nak mengeluh kan, dah student life memang camtu.. Kalau dah masuk alam keja nanti lagi lah busy..

 Hari sabtu tu Idah join jugak Kem Ukur kat Kem Similajau Bintulu. Cun sangat masa tu Festival Kite International. So kita orang diberi kesempatan untuk singgah sebentar. Masa tu jugak sempat jumpa mak.. Lepas sikit rindu kat mak.. :)

Balik jer dari kem ukur tu, malam ada meeting pulak. Meeting untuk kelab Sekretariat Rukun Negara.. Kita orang di khabarkan dengan berita gembira dan sedih. Emo pulak Idah masa di khabarkan berita sedih tu. Tak nak cerita kat entri ni.. Sedih sangat ker berita sedih tu? Ntah lah..

Saturday, 22 September 2012

Sebaik -baik Perkahwinan Adalah Serendah - rendah Mahar.



idah terbaca story ni dari satu blog. nak share dengan korang.  kalau sudi, baca lah yer. enjoy. :)




















Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G : oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. 



Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.







“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
 Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
 Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar.
 Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. 
Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. 
Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan...







Monday, 13 August 2012

Beloved JAMAIYAH BINTI MORNI

tarikh hari ni 13/8/2012. baru teringat birhday usu la. my beloved usu diberi nama JAMAIYAH BINTI MORNI. dengan rasminya hari ni usu dah b'umur 29. usu dah b'umur but still maintain cute macam belum kawen. kalau usu baca ni mesti rasa vogue jap.haha

  usu dah berkawen since 2006 and Alhamdulillah sekarang dah da 2 orang cahaya mata yang kiut sesangat. anak sulong boy name MOHD AQELL KHALISH BIN MOHD MUSA, baby girl pulak  IRDINA UZMA BINTI MOHD MUSA. terima kasih kat usu sebab melahirkan diaorg. dua2 pengubat duka di kala idah sunyi kalau idah stay kat rumah usu.. :)
 and lastly, idah nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke 29. Semoga Allah sentiasa memberkati usu bersama keluarga. dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, 11 January 2012

Slump Test (Civil Engineering)

assalamualaikum.. hey peeps! :) ok2..direct to the point jer lar..xthu nak ckp ape ni...ehemmm ehemmm..sem2 ni bengkel kitorg d mulakan dgn SLUMP TEST..dlm bhsa melayu nyer UJIAN PENURUNAN...civil engineering thu lar kan untuk ape ujian penurunan ni..bertujuan untuk menentukan kemudahan kerja bagi sesuatu campuran konkrit...phm x?ehhehe..pendek kte lar kan mkin tinggi nisbah air bancuhan,kerja untuk menyimen pun senang dan mistake pun kurang...so juz look upon the picture la erk.. :))
campurkn hingga sebati

     ini lah hasil slump test .air xterlalu cair dan xjugk terlalu skit,so campuran konkrit stabil lar..